Kursus bestari's 2009(BTPN Terengganu)

By: hasinafaridah amirrapi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 2-Jun-2009 14:20 Email | Share | | Bookmark
Runtuhnya Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin

Tarikh : 2. JUN 2009....Adik dibagitau dalam jam 10 pagi..terus ke stadium yg x jauh dari rumah










Pada hari yg sama kat pekan Batu 6..depan kedai ibu ada 2 orang peragut yg berasal dari setiu cuba ragut beg tangan makcik...ada orang nampak...2 org pemuda batu 6 yg sedang beli daging beku 20 kilogram...geram terus lontar kepada 2 pemuda yg dikatakan daripada Setiu(dipercayai penagih najis dadah).Kena motor terbalik..terus dibelasah ..leh geng Batu ^..terus hancur muka..motor dia org hendak dibakar tapi Polis datang meredakan keadaan.... kata org batu 6 silap banyak ah datang nak ragut di Pekan Batu 6...dah 3 kejadian dipatahkan oleh geng Batu 6...lagikan perompak kedai emas yg ada postol pun dikejar oleh geng batu 6 semasa cuba rompak kedai emas batu 6 .,,,,inikan pula budak cekeding 2 ekor kata geng batu 6... cincai ye,,x pasal2 hampir mati dikerjaan....



Monday, 11-May-2009 07:30 Email | Share | | Bookmark
Templat Perancang

Ringkasan Rancangan Unit

Seorang murid akan memainkan peranan sebagai Pegawai Penerangan dari Kementerian Penerangan Malaysia yang bertugas untuk memberi pemahaman murid-murid sekolah dan guru-guru supaya mereka menghargai jasa dan sumbangan tokoh terhadap pembangunan negara. Melalui projek ini juga, murid dan guru dapat mengambil teladan daripada kejayaan tokoh. Murid akan menjalankan projek ini secara berkumpulan. Setiap kumpulan akan diberikan pembahagian tugas iaitu penyediaan brosur, persembahan powerpoint dan peta minda, buku skrab dan album mini seperti berikut :-
i. Powerpoint : Setiap kumpulan akan membuat persembahan powerpoint;
ii. Peta minda : Kumpulan pertama akan membina peta minda yang berfokuskan kepada tokoh pahlawan negara;
iii. Brosur : Kumpulan kedua akan membuat brosur yang berfokuskan kepada tokoh sukan negara;
iv. Buku skrap : Kumpulan ketiga akan membuat buku skrap yang berfokuskan kepada tokoh politik negara; dan
v. Album mini : Kumpulan keempat akan membuat album mini yang berfokuskan kepada tokoh sains dan teknologi.
Hasil powerpoint akan ditayangkan pada hari lawatan projek manakala peta minda, brosur, buku skrap dan album mini akan dipamerkan di sudut Info Bestari Sekolah. Selain itu, brosur akan diperbanyakkan untuk warga sekolah. Kesemua produk persembahan akan dinilai secara berkumpulan oleh murid, guru projek dan guru Panitia Bahasa Melayu.


....................................................................................................................................................
Bahasa Melayu
Tahun 3
Tema Pembelajaran : Malaysia Boleh
Soalan Berasaskan Kurikulum





Soalan Utama



Apakah yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia?



Apakah jasa dan sumbangan kita kepada Negara?

Bagaimanakah kita boleh menjadi wira Negara?



Senaraikan empat (4) wira negara dalam bidang sukan?
Senaraikan empat (4) wira negara dalam bidang pahlawan?
Apakah ciri-ciri tokoh wira negara negara yang anda pilih?
Senaraikan lima (5) kejayaan tokoh yang anda pilih.
Siapakah Bapa Kemerdekaan Malaysia?
Siapakah angkasawan negara Malaysia yang pertama?
................................................................................................................................................

Pengetahuan Am
Terdedah dengan pengalaman atau maklumat yang berkaitan dengan wira negara.

Teknologi
Berkebolehan :
Menyediakan maklumat dalam perisian microsoft word
Menyediakan brosur
Memuat turun file dari internet
Membuat .peta minda
Menyediakan templat powerpoint


Monday, 11-May-2009 07:25 Email | Share | | Bookmark
Rubrik


Aktiviti 3

Lengkapkan borang penilaian lisan yang berikut untuk menilai penyampaian cerita yang dibuat oleh rakan kamu.



BORANG PENILAIAN LISAN

Nama Penyampai:_______________________________

Nama Penilai:___________________________________

Klik skala yang sesuai.


Bil
Ciri yang dinilai
Skala
1 2 3 4 5
1. Sebutan
2. Intonasi
3. Nada
4. Gaya Penyampaian

1- Lemah 2- Kurang Baik 3 - Sederhana 4- Baik 5- Sangat Baik

Penerangan tentang ciri yang dinilai

Sebutan
• Cara melafazkan atau menyebut perkataan
• Sebutan mestilah baku

Intonasi
• Turun naik atau tinggi rendah suara
• Penyampaian yang baik akan meninggikan atau merendahkan suaranya pada tempat yang betul

Nada
• Nada yang sesuai mestilah digunakan bergantung kepada perkara yang disampaikan

Gaya
• Penyampoaian mestilah sederhana dan tidak berlebih-lebihan, sesuai dengan bahan yang hendak disampaikan


Monday, 11-May-2009 07:06 Email | Share | | Bookmark
Gambar-gambar sokongan

 
 
 
View all 5 photos...


Monday, 11-May-2009 06:45 Email | Share | | Bookmark
Bahan Sokongan Murid

 
 
Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah. Ibu beliau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar. Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai ‘Dikir Pahang’. Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras sehingga sentiasa menjadi juara di kampung beliau. Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, Kampung Kedondong. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang. Mat Kilau banyak menuntut ilmu batin dan kepahlawanan hinggakan boleh menghilangkan diri. Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Osman yang dikenali juga sebagai Haji Muntuk sebelum dia berpindah ke Pekan sebagai Mufti Negeri Pahang.

Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang. Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. Mat Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong,Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali(khatib), Awang(Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.


Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura. The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka, iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895. The Free Press pula memberitahu bahawa "Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya. Luka-luka itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah". Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau.akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali ,Raja Ibrahim(Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain. Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris,maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5,Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.


Dalam bulan Disember 1969,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid,Pulau Tawar. Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah mebaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau. Pengistiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis,6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang. Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kialu meninggal dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun. Beliau tidak sempat menceritakan kisah-kisah perjuangannya kepada ki ta dengan lebih lanjut.
....................................................................................................................................................


Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Zaaba dilahirkan pada tahun 1895 di Bukit Kampung Kerdas, Jempol, Kuala Pilah. Beliau terima pendidikan formal dan keagamaannya di sebuah sekolah Melayu di Linggi. Beliau menyambung pembelajarannya di Institusi St. Paul Seremban dan orang Melayu pertama untuk duduk peperiksaan Senior Cambridge Examination. Beliau lulus peperiksaan pada 1915 dan bermula kariernya sebagai guru sekolah di Johor Bahru (1916 - 1918). Beliau kemudiannya ditukarkan ke Kolej Melayu Kuala Kangsar (1918 - 1923); Jabatan Pendidikan, Kuala Lumpur (1923); Sultan Idris Guru-guru Kolej, Tanjung Malim (1924 - 1939); Jabatan Maklumat, Singapura (1939 - 1942); Sekolah yang Oriental dan Kajian-kajian Afrika, Universiti London (1947 - 1951) dan Universiti Malaya, Singapura (1954 - 1959).

Zaaba memiliki berbakat dalam penulisan dan adalah seorang pengemar membaca. Kebanyakan penulisannya muncul dalam akhbar-akhbar tempatan dan majalah-majalah seperti di Utusan Melayu; Lembaga Melayu; Pangasuh dan Pakar Majalah. Beliau telah menerbitkab beberapa monographic siri dalam Bahasa Melayu termasuk Bahasa Pelita popular Malay dan Malay Elmu Mengarang. Zaaba yang lulus jauh dalam 1973. Zaaba yang meninggal dunia pada 1973 dan merupakan salah satu budak lelaki kampung yang berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang yang terkemuka muncul dalam sejarah Malaysia.
.....................................................................................................................................................
Biodata
Nama Penuh:
Lee Chong Wei
Tarikh Lahir
October 21, 1982
Tempat lahir:
Penang, Malaysia
Tinggi:
1.74 m
Berat:
60kg
Tangan:
Kanan
Jurulatih:
Misbun Sidek
Rangking Dunia:
1 (Perseorangan Lelaki)

..........................................................................................................................................................

Sajak
Inilah kisah hayat bangsa
jiwanya tidak pernah gentar
pada dugaan dan cabaran
hasratnya hanya satu
demi negara tercinta
walau berat mata memandang
namun bahu ini sedia memikul
mendepani semuanya
dengan tabah dalam kudrat
yang tidak pernah kenal putus asa
kau wira negara
wira bangsa
wira segala-galanya
kusanjung pengorbananmu.



.......................................................................................................................................................


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net